Monday, January 25, 2010

Ucapan Terima Kasih...

Assalamualaikum...



Sungguh, ucapan terima kasih tidak mencukupi sebagai tanda penghargaan di atas bantuan dan sokongan anak-anak fasilitator dan AJK sepanjang tahun 2009 dalam usaha kita mengadakan program pembangunan remaja/belia Islam. Saya berfikir bagaimana hendak dizahirkan dengan sepuasnya rasa terima kasih ini, selain doa agar Yang Maha Esa memberi ganjaran NYA setimpal jasa anak-anak sekalian. Saya terus mencari sesuatu dan mengintai waktu..insya'Allah!


Saat-saat ini hari-hari bekerja dipenuhi dengan mengemaskini laporan-laporan program dan kewangan sepanjang tahun 2009 dan melakar jadual untuk program 2010. Sejajar dengan visi kita untuk membina program pembangunan, tahun 2010 akan diteruskan membina anak-anak yang telah mula bersama kita pada 2009. Bagi yang telah berada bersama kita sejak 2008, ini lah masa nya mereka maju setapak, bukan lagi bersama BPPMIS sebagai peserta tetapi sebagai Rakan Kongsi Muda yang akan, insya'Allah, kita beri ruang dan peluang merancana dan menjalankan program di tempat masing-masing, sebelum melangkah lebih jauh. Biarlah pelajaran itu diberi dan didapati secara berperingkat-peringkat agar kefasihan, kecekapan, kesedaran dan keinsafan benar-benar betapak dan berkekalan. DiBPPMIS kita cuma membuka jalan dan membina ruang, terpulang nanti pada anak-anak untuk mengisi ruang yang sedia ada bukan sahaja dengan bijaksana, tapi penuh taqwa!


Program untuk tahun 2010 akan bermula dengan Kursus Kefasilitatoran pada 12 - 15 February di Kem East Valley, Serian. Bagi anak-anak yang berminat untuk melangkah setapak lagi dalam usah membangun ummah, sila daftar diri menerusi Naim, Shams ataupun auntie sendiri. Dari situ program bermula dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita...


Akhir kata untuk kali ini, terima kasih sekali lagi pada anak-anak yang banyak berjasa....kepada yang ingin bersama-sama muslimah setiap bulan (telah kita mulakan pada bulan Disember lepas), jumpa di Masjid Sri Arjuna pada Ahad, 31 Januari ini..kita sama-sama menikmati 'nasi ambeng'..untuk info lanjut hubungi kak Shams (019-8212606) atau auntie (019-6136759).


Untuk sekadar waktu, yang mampu diberi ungkapan terima kasih....