Monday, March 23, 2009

Mentee SMK Bako, Tahniah..

Assalamualaikum,

Terkilan juga rasa di hati kerana tidak dapat mengikuti sebahagian besar program Citra Muslimah mentee SMK Bako! Tapi tahniah di atas usaha sulong anak-anak, dan terima kasih kepada Siti Nurbaya (mentor) kerana membimbing dan bersama-sama anak-anak sepanjang program.
Saya percaya kejayaan mengadakan progam sulong ini akan menjida penggerak untuk 'berprogram' seterusnya, insya'Allah. Semakin selalu kita berusaha semakin ringan jadinya..semoga kita istiqamah dalam usaha mendekati NYA!
Tugas utama anak-anak sebagai pelajar adalah belajar, tetapi ingatlah kejayaan yang hakiki tidak terletak kepada pencapaian akademik semata-mata. Walauppun ilmu dan kemahiran adalah penting bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan, tetapi sikap, mentaliti dan tingkah laku positif adalah lebih penting supaya kualiti diri kita sendiri menjadi pemangkin ke arah proses kemajuan dan perubahan! Anak-anak muda yang membina kualiti diri hari ini, insya'Allah, mampu menjadi agen perubahan dan kemajuan ummah di masa hadapan!
Akhir nya saya petik kata-kata YBhg. Prof. Dr. Sidek Baba:
"Apabila ilmu teradun dalam tunjangan akidah yang mantap, tegak atas ibadah yang subur, mendahan dan meranting dalam cabang-cabang ilmu yang berkembang, pasti akan lahir akhlak yang terpuji. Sebagai Khalifah ALLAH, melihat ilmu adalah suatu amanah mengenai TUHANnya dan ilmu sebagai sumber menjadikan manusia sebagai hamba yang taat dan patuh"
(Acuan Minda - Prof. Dr. Sidek Baba)

4 comments:

Shamsiah Mahli said...

Hidup SMK Bako!!

Siti Nurbaya said...

Hidup SMK Santubong & Balai Ringin!

Siti Nurbaya said...
This comment has been removed by the author.
Siti Nurbaya said...

Tanpa bantuan Allah yang menghadirkan Kartini Sulaiman pada sebahagian besar masa program, pasti susah juak rasanya nak teruskan.. Alhamdulillah dan syukran ukhtii Tini!

Juga terima kasih Allah kerana menghadiahkan
Kak Sham- yang banyak membantu dari segi modul dan motivasi;
Juak, Auntie Am yang sentiasa menyokong & beri semangat!