Monday, June 22, 2009

Sehari dalam Tautan Ukhuwah SMK Bako..

20 Jun 2009

Program Tautan Ukuwah SMK Bako dirancang dan dikendalikan oleh 8 AJK perempuan (mentee PEWARIS) dan 4 AJK lelaki dari SMK Bako. Barisan fasilitator terdiri dari mentor SMK Bako, Siti Nurbaya dan dibantu oleh Shamsiah dan Faisal. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 hadir.

Program ini disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah, dan ini memudahkan perancangan anak-anak AJK mengatur jadual perjalanan program. Memandangkan peserta-peserta program duduk di asrama sekolah, makanan tengahari tidak perlu disediakan berasingan. Bagi fasi dan AJK pula, Zaimah telah menyediakan makan tengahari yang amat menyelerakan..kata Siti Nurbaya, ini disebabkan makanan disediakan dengan penuh kasih sayang....paling best sambal belacan dan ulaman! Saya amat bersetuju dengan Siti, sesuatu yang datang dari hati akan dirasa oleh hati-hati yang lain....Terima kasih (daun keladi) Zaimah..

AJK dari SMK Bako merupakan mentee PEWARIS dan masih baru dalam merancang dan menjalankan program, tetapi kesungguhan mereka untuk terus belajar dan mempertingkatkan diri serta bersama-sama membantu membangun ummah amat dikagumi. Usaha mereka merancang program Tautan Ukuwah/kasih ini patut diberi pujian dan pihak sekolah SMK Bako juga dijadikan contoh kerana memberi sokongan, ruang dan peluang untuk mentee ini membuat program dan aktif berpatisipasi dalam membangun pelajar-pelajar SMK Bako.

Amat terasa di hati mendengar anak-anak peserta menyanyikan lagu tema program PEWARIS, iaitu Satu Perjuangan. Terimbau kembali Kem PEWARIS pertama setahun yang lalu dimana anak-anak AJK adalah peserta dan masih malu, tetapi dengan semangat satu perjuangan dan ukhuwah yang dibina, hari ini untuk kali ke 2 mereka membuat program sendiri. Tidak mustahil anak-anak peserta kali ini akan mengikut langkah kakak-kakak dan abang-abang AJK mereka, maka insya'Allah, bertambah ramai lah penggerak perubahan dan pembangun ummah di masa depan. Dengan itu dapat kita bina generasi ulul albab dan membangun khaira' ummah bila tiba masanya kita menyambut tahun 2020.

Sekalung tahniah Siti Nurbaya kerana berjaya membimbing mentee SMK Bako pada tahap yang amat membanggakan. Syabas sekali lagi pada mentee SMK Bako, semoga langkah-langkah awal yang diambil ini akan terus menyemai rasa cinta pada yang Khaliq dan Baginda Rasulullah, bila tiba masanya nanti, anak-anak akan berbakti kepada ummah di merata tanah air, insya'Allah!

Begitu juga kepada anak-anak mentee SMK Bandar Samariang yang terus aktif dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Anak-anak mentee SMK Santubong, walaupun kumpulan mentee yang paling muda, tetapi dewasa semangat ingin berbakti dan melakukan sesuatu untuk membaiki diri. Tidak mustahil anak-anak semua akan berdiri di barisan hadapan menjadi pembimbing bila dewasa kelak, kalau istiqamah dalam usaha dan perjuangan, insya'Allah!

Kepada pengetua dan guru-guru yang senantiasa memberi sokongan, terima kasih...Jazakallahu khayran khatira semua!
Terima kasih cikgu Che Wan Nor Fazila dan Tahniah Kharemahtun, Sharina, Nur Fatini, Nur Fatin, Ismawati, Hasmatul Idayu, Zarifah, Zulfikar, Abdul Izzat, Mohd Fauzi Ahmad Safiri dan Iman!


3 comments:

Shamsiah Mahli said...

Tahniah SMK Bako!!
oooo Kitak..!!!

Zaimah Hadanan said...

terima kasih,kak syam....n tak lupe juge kat kak baya, auntie am n b.faizal krn menjayakan program tautan ukhuwwah yang dikendalikan oleh adik2 PEWARIS smk bako. Kerana anda semua juge, program kami amat ceria sekali dgn ilmu2 yang baru dari akak2 n abg2 n auntie am....

Zaimah Hadanan said...

Terima kasih amat2 kat akak siti nurbaya mentor smk bako kerana meluang masa bersama kami dalam program tautan ukhuwwah walaupun ia sibuk...Thankz a lot,akak tercinta....